Hisham, Siti Farhana and Ahmad, Ishak and Daik, Rusli and Ramli, Anita (2011) Penyediaan dan Pencirian Komposit Upr/Lnr/Gentian Kaca Terawat Menggunakan Resin Poliester Tak Tepu daripada Bahan Buangan PET. Sains Malaysiana, 40 (9). pp. 1029-1035. ISSN 1266039
Siti_Farhana&Ishak&Rusli&Anita-Sains_Malaysiana_September2011.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Download (1MB)
Abstract
Komposit UPR/LNR/gentian kaca telah disediakan dengan menggunakan resin poliester tak tepu daripada hasil pengitaran semula bahan buangan PET. Kajian dimulai dengan pengitaran semula botol minuman PET melalui proses glikolisis dan hasilnya ditindakbalaskan dengan maleik anhidrida untuk mendapatkan resin poliester tak tepu. Kajian diteruskan dengan penyediaan adunan resin poliester tak tepu (UPR) dengan cecair getah asli (LNR) iaitu komposisi penambahan LNR ke dalam UPR telah diubah dari 0-7.5% (wt). Komposisi UPR/LNR dengan sifat mekanik terbaik dipilih sebagai matrik untuk penyediaan komposit berpenguat gentian kaca. Rawatan silana ke atas gentian kaca turut dilakukan dengan menggunakan (3-Aminopropil)triethoxysilane. Hasil daripada kajian mendapati adunan UPR/LNR dengan penambahan 2.5% LNR mempunyai sifat mekanik dan morfologi terbaik dengan partikel-partikel getah yang bersaiz kecil dapat tersebar dengan sekata dalam UPR. Kajian juga menunjukkan berlakunya peningkatkan dalam nilai tegasan, modulus regangan dan kekuatan hentaman bagi komposit UPR/LNR/gentian kaca terawat berbanding dengan penggunaan gentian tanpa rawatan.
Item Type: | Article |
---|---|
Impact Factor: | 0.152 |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology T Technology > TS Manufactures Q Science > QD Chemistry |
Departments / MOR / COE: | Departments > Fundamental & Applied Sciences |
Depositing User: | Assoc Prof Dr Anita Ramli |
Date Deposited: | 12 Dec 2011 07:25 |
Last Modified: | 19 Jan 2017 08:22 |
URI: | http://scholars.utp.edu.my/id/eprint/7182 |