Logo

GEOLOGICAL INTERESTS ALONG THE EAST-WEST HIGHWAY, SEGMENT W7 BALING-KULIM AND GERIK-BALING NEW ROAD

Ulfa, , Yuniarti and Harith, , Zuhar Zahir Tuan (2008) GEOLOGICAL INTERESTS ALONG THE EAST-WEST HIGHWAY, SEGMENT W7 BALING-KULIM AND GERIK-BALING NEW ROAD. National Postgraduate Conference .

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

796Kb

Abstract

Perkara-perkara menarik yang berkaitan dengan geologi di Malaysia selalunya datang dari Sarawak, Sabah, Langkawi atau beberapa kawasan lain yang terkenal seperti singkapan batu kapur di Ipoh. Tidak ramai orang yang sedar bahawa di sepanjang Lebuh Raya Timur-Barat bahagian W7 Baling-Kulim dan jalan baru Gerik-Baling juga terdapat perkara-perkara menarik berkaitan dengan geologi. Pada kedudukan latitut N5026’58.68’’ to N5034’45.42’’dan longitut E101006’47.16’’ hingga E100044’09’’, kawasan ini meliputi tanah tinggi dan tanah rendah termasuk bebatu dari Formasi Semanggol seperti chert, batu lodak, syal dan batupasir yang di dalamnya terdapat fosil cephalopods dan lamellabrach, yang berumur Trias hingga Jurassic. Bebatu tersebut juga menunjukkan sesar, lipatan, sesar naik dan lain-lain struktur yang menakjubkan yang akan membawa kepada kajian-kajian geologi yang menarik. Terdapat empatbelas tapak yang dicadangkan untuk dipulihara. Kesemua ini tersingkap dan dapat dicapai dengan baik serta menunjukkan ciri-ciri yang unik dan sukar didapati di tempat lain baik pada peringkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa. Dengan melakukan pemuliharaan geologi di tapak-tapak ini di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat bahagian W7 Kulim-Baling boleh memberi nilai pendidikan dan nilai rekreasi kepada masyarakat awam semasa melalui jalan tersebut. Seterusnya dengan pemuliharaan geologi di kawasan ini akan menggalakkan lawatan sambil belajar bagi pelajar-pelajar sekolah, pelancong atau masyarakat awam sehingga meningkatkan keuntungan ekonomi kepada penduduk tempatan.

Item Type:Article
Subjects:Q Science > QE Geology
Academic Subject Three:petroleum engineering, geosciences
Departments / MOR / COE:Departments > Geoscience & Petroleum Engineering
ID Code:5252
Deposited By: Assoc. Prof Dr Zuhar Zahir Tuan Harith
Deposited On:04 Apr 2011 05:23
Last Modified:20 Mar 2017 01:57

Repository Staff Only: item control page

Document Downloads

More statistics for this item...