Logo

Penggunaan E-Learning Dalam Pengajaran Pendidikan Islam: Pengalaman Di UTP,

Mat Isa, M.Pisol and Sabdin, Mashitah and Taib , Shakirah (2008) Penggunaan E-Learning Dalam Pengajaran Pendidikan Islam: Pengalaman Di UTP,. In: Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6’ , 25 - 26 Julai 2008, Kuching Sarawak.

[img] Microsoft Word
Restricted to Registered users only

11Kb

Abstract

Setiap teknologi baru yang dijelmakan dalam kehidupan manusia selalu dimanipulasi untuk kegunaan dalam bilik darjah. Pada tahun 1922 Thamas Edison menyebut bahawa gambar yang bergerak akan membawa revolusi baru dalam pendekatan pendidikan di sekolah-sekolah. Berikutnya pada tahun 1945, William Lavenson mengandaikan bahawa radio akan menjadi alat utama dalam pengajaran di sekolah. Manakala pada 1997, Todd Oppenheimer menulis dalam artikal The Computer Delusion menggambarkan bahawa komputer akan menjadi alat penting dalam sistem pengajaran. Hakikat ini telahpun menjadi kenyataan apabila e-learning digunakan secara meluas sebagai platfom dalam penyampaian ilmu khususnya di Universiti. Pendidikan Islam tidak terkecuali mengikuti arus perubahan ini. Penggunaan e-learning oleh mata pelajaran ini sungguhpun masih di peringkat awal, namun telah membawa banyak perubahan dan menggamit perhatian oleh para pelajar yang mengikuti kursus ini. UTP adalah antara universiti di Malaysia yang mengaplikasi teknologi ini bermula tahun 2005 dan kesempatan ini turut disertai oleh mata pelajaran Pendidikan Islam. Kertas kerja ini akan menyorot pengalaman penggunaan e-learning oleh mata pelajaran Pendidikan Islam di UTP serta memberi saranan dan cadangan demi pembaikan dan keberkesanan dalam pengajaran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Departments / MOR / COE:Departments > Management & Humanities
ID Code:2181
Deposited By: Ms. Mashitah Sabdin
Deposited On:14 May 2010 05:03
Last Modified:15 Jan 2011 00:09

Repository Staff Only: item control page

Document Downloads

More statistics for this item...